Ku Mahu

Pernahkah kau mendengar nyanyianku
hanya untuk mencuri pandanganmu
hanya untuk melihat senyumanmu

perlukahku jelaskan semua
yang telah tersirat di dada ku
yang telah terbuku di benak ku

aku tidak membuat melodi terindah
namun setiap lagu ku tulis untukmu

mahukah kau menghadapku
biar ku renung tajam matamu
biar ku rakam senyumanmu
menghulur tangan ke genggaman ku

kini kau dihadapku
merenung tajam mataku
meengukir senyum untuk ku
menghulur apa yang ku mahu
mahu ku untuk menggenggam tanganmu

Fundamental

First step is the fundamental step.


Sony Sound Forge 9, ini software yang digunakan oleh Wani Ardy untuk merakam lagu-lagunya. Jadi untuk permulaan, sy install dulu software ini dalam pc. Harap-harap ada langkah seterusnya :)

Tiada

Saya tiada band
tapi saya ingin jamming
sekurang-kurangnya seminggu sekali
melancong jauh-jauh
dengan kawan-kawan
semata-mata untuk cuba tempat jamming baru
main lagu ikut suka
depan gadis-gadis
berlatih untuk persembahan atau pertandingan


                                                                              ...tapi saya tiada band.

Ice Breaking


Ini gitar,
jenamanya Jay Turser 220-CS,
ia ada 2 humbucking pick-up,
pick guard-nya jenis traditional,
set neck dan fingerboard-nya dibuat dari kayu rosewood,
namanya Monica..

ia gitar saya.

Tajuk; isi kandungan;

Tajuk:
  Ulasan Pertama

Isi kandungan:
  Terlalu banyak ide di otak, dan tak jumpa tempat bermula... :)